Ramadhan pergi,Syawal menjelma..

Salam semua ~


sori,tak berapa cantik,ingt nk edit pkai photoshop tp dh tk leh guna,so trpksa edit guna photoscape je :D
lagi pun ieta tak brapa pndai lam bab edit mengedit ni :)

Alhamdulillah..Berakhirlah Ramadhan kini Syawal menjelma..Korang semua puasa penuh tak? Hm, Ieta tahun ni tak dapat puasa penuh lagi sebab biasa la..Bendera Jepun menyerang saye~ oh tidakkk >.< Ieta nak bendera Korea okay? haha

So,tahun ni sebenarnya ieta tak berapa nak excited sangat nak raya..Nak tahu kenapa?Ni ieta list sebab2 ieta tak suka nak raya tahun ni :

1.Ieta rindu nak beraya dengan atok,sedara-mara semua..Dah 5tahun ieta tak beraya kat kampung..Sebab ieta sekarang dok kat sarawak..Kitorang selalunya kalau balik semenanjung pun mesti masa hujung tahun sebab parents ieta cakap masa tu cuti panjang sikit. :( Rindu la nak beraya dengan dorang semua..Makanan pun banyak yang sedap2..Bukan ibu masak tak sedap, tapi entah la, lain tau kalau kita makan ramai2 dengan sedara2 semua..suasana tu riuh rendah tu yang best..meriah je..
2.Heechul pergi masuk army..Sedih sangat2..Mesti 1sept nanti ieta akan nangis. Siyesly waktu mula2 ieta dapat tahu pasal ni,ieta memang hilang mood nak raya :(
3.Trial Spm 19sept ni. Argr.. Kenapalah pilih masa2 macam ni. Ieta kena study gak masa raya ni :(
4.Faktor umur- Mungkin umur dah makin meningkat (ceh mcm tua la sgt ) i mean bukan budak kecik lagi macam 6tahun yang lepas..Excited nak raya sebab dapat duit raya *wee.. Sekarang ieta kalau pergi raya rumah orang dah tak dapat duit lagi T_T kalau dapat tu pun nasib2 je la. Tapi family ieta memang sentiasa bagi tiap2 tahun.. Thanks ayah,pkcik2,atok! :)

Haa, sebab2 tu jela kot.. Tapi memang ieta malas la nak raya tahun ni..LONELY~ I miss my hometown~

Okey, sempena hari raya ni, ieta nak minta maaf sesangat dekat orang yang paling ieta sayang sekali, Ibu and Ayah.. Ieta tahu ibu ayah sedih bila ieta tak dengar cakap ibu ayah.. And ieta salu lepas kena marah ke atau kena bebel mesti ieta masam muka *buruk nak mati muka ieta time tu ;p.. Siyesly sapa yang suka kena bebel? mesti korang pun tak suka kan? hehe, Tapi ieta tahu tu bukan salah ibu n ayah. Salah ieta , kalau tak takkan la ibu ayah tetibe meroyan nak membebel tak tentu pasal kan? :) Sorry bu..sorry ayah.. :'(
Kedua, ieta nak minta maaf kat abang n kakak ieta.. Sorry along,angah kalau ieta ada melawan cakap korang ke ape ke..peace.. sayang korang lah ! :) Nak duit rayaaaaaaa :D

Ieta pun nak minta maaf kat semua cikgu2 yang pernah mengajar ieta selama ni.Kepada kawan2 sekolah ieta,jiran2,kucing ieta *sebab ieta salu suke gomoi kucing ieta :D..Sori k? :)
Seterusnya ieta nak ucap Selamat Hari Raya kepada madu2,kakak2 ipar,adik2 ipar ieta :D *kepada semua ELF la senang kata~.. Maaf kalau ieta ada buat salah dengan korang semua.. kot2 ada tersalah cakap ke, sorry k? Biasa la, manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan..

Tak lupa juga kepada Our beloved namja SUPER JUNIOR~ Sorry sebab ieta tak dapat jadi ELF yang baik, sebab ieta tak dapat beli semua album dorang..Tak dapat pergi SuperShow.. Tak ada bersama2 ELF yang lain masa dorang menang award..yang ieta mampu hanya tengok dorang dari jauh je(tgk vdeo) sorry sangat2..Kalau je ieta kaya kan best.. Ieta tak dapat buat semua tu, tapi ieta cuba untuk beli album dorang walaupun tak semua..Ieta support dorang dengan sepenuh hati ni *cewahhh muntah sikit ;p
Tapi kalau je ieta dapat bagitau dorang yang ieta sayang dorang sangat2. Dorang dah jadi sebahagian dari life ieta. Trust me oppa !! :') I Love you forever~

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN
세라맡 하리 라야 .. 마앞 자힐 단 바틴
kepada semua ELF,warga blog,facebook,twitter dan sesiapa yang mengenali Nur Dhabitah @ Ieta Madzid :) Sorry sorry sorry sorry for everything~ Nak duit raya !!!! $$$$$$$ *just kiddin :D

Love all of you~ muahhhh :3
Babai to Ramadhan..and say Hi to Syawal :) 
Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

4 buah strawberry:

hae_za said...

selamat ary raya ye cik adik comey.... mintak maap juga lau de terkasah bahasa dan terkecikkan aty... sepnjng kita berkenalan ...

moga persahabatan kita berkekalan....

Ieta Madzid said...

@hae_za same la ieta pun. sorry ye madu..eh slh..hehe, amin, smoga persahabatan kita berpnjangan~ :D

Fatin Nur Shamimie said...

Selamat hari raya... ELF forever! ^__^

Ieta Madzid said...

@Fatin Nur Shamimie Selamat hari raya gak :) yeah, once an ELF..Forever an ELF~ :D

Post a Comment

Kamsahamnida ! Sebelum pergi komen la dulu pasal entri ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...