It's been awhile..and I miss all of you

Assalamualaikum..

Terasa kekok bila dah lama tak update blog. Betul la kata orang, *actually kata aku sendiri*, kalau dah sambung study ni busy lain macam. Tak macam zaman kanak-kanak ribena dulu, zaman sekolah yang 24/7 boleh update dan meroyan kpop, Kpop? Sekarang dengar word tu aku hanya mampu tersenyum. Aku bukan dah tak minat kpop, cuma disebabkan kekangan masa *gituuu* hahaha. Sejak mula sambung belajar, dapat duduk hostel aku memang jarang online. Internet tak ada so susah la nak online twitter nak update blog. Mula-mula dulu sakit jugak la nak menghadap semua tu, iyalah, mahu tak meroyan ke hardcore kpop kot tiba-tiba hidup terasa berputar 360deg tak dapat online hahaha *melampau sangat perumpamaan yang aku bagi*
Tapi serius la, aku rindu zaman-zaman sekolah dulu. Zaman kpop yang lama..Dimana masa tu kpop tak berapa meluas, hanya certain manusia je yang tahu kpop. Dulu...dulu la, aku berharap sangat kpop ni biarlah satu pelusuk dunia kenal bestnya kpop tapi sekarang i do regret that. Antara korang sedar atau tak, kpop yang dulu bukanlah kpop yang sekarang, dulu disayang sekarangnya dicanang~ emm pandai aku buat lirik *salah ambik kos ni* hahaha.
Sekarang kalau cakap pasal kpop, semua jadi bahan. Kenapa? Sebab ada salah freshie kpopper yang terlampau obses fanatik sampai bersikap kurang matang. Menyampah tahu? Kalau aku ni yang dah lama minat kpop *lama kee?* boleh rasa meluat, apatah lagi orang yang sejak azali benci kpop ni tengok? Fikirlah sendiri dik ye.. awak tu perempuan, islam pula tu so act like one. Okay cukup bahas topik ni, takut lari dari main topic,hehehe.


Aku mengaku sekarang aku tak sehardcore minat kpop macam dulu. Macam yang aku kata tadi, sebab busy belajar so benda tu perlahan lahan kembalikan aku ke jalan yang benarrrr hahaha. Jap, jangan salah sangka, aku tak kata minat kpop ni terpesong akidah ke apa, maksud aku ke jalan yang benar tu im back to the normal life. Aku layan je lagu drama variety korea semua. Tapi tak macam dulu dah. Twitter pun dah berhabuk. Apatah lagi blog kan? Kadang kadang bila on laptop, dok godek folder2 dalam laptop, maka terjumpalah hasil hasil masa zaman budak sekolah dulu, video super junior, gambar depa yang berfolder folder tu. Aku jadi rindu. Sebak tengok video supershow suju. Sungguh aku rindu. Aku rindu kpop yang dulu. Aku rindu kakak-kakak, adik-adik kpop yang kat twitter tu semua, aku rindu super junior. Aku rindu aku yang dulu. Sekarang semuanya dah berbeza... dah lain tak macam dulu, termasuklah aku. Macam macam yang dah jadi kat fandom kita. Semuanya dah berubah.



Memang betul la quote kat atas ni. Walau macam mana aku cuba nak lupakan dorang, aku still cari dorang lagi. Jujur aku cakap, walaupun aku tak tegar minat kpop macam dulu, aku masih lagi ELF. Thus, I just wanna say that i miss all of you.


Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...