49 Days



Salam..(Tak jawab dosa) >.<

Hari ini ieta nak cerita pasal salah satu drama korea yang ieta minat. Nak tau apa tajuk drama tu? Haa, mestilah 49Days. Tengok dari tajuk entri ini pun mesti korang semua dah dapat agak kan? hehe
Korang semua tengok tak drama ni? sekarang drama ni sedang disiarkan di astro ONE channel 393.


Drama ni mengisahkan tentang seorang wanita(Shin Ji Hyun) yang mengalami kemalangan jalanraya . Kemalangan itu berlaku kerana apabila Shin Ji Hyun ternampak tunangnya ( Kang Min Ho) bersama dengan kawan baiknya (Shin In Jung) di dalam kereta tunangnya.Dia cuba mengambil handphone nya yang jatuh tetapi tiba-tiba dia terlanggar sebuah lori.Disebabkan kemalangan itu, dia telah koma . Jasadnya sahaja yang masih di hospital tetapi rohnya sentiasa berkeliaran kerana dia belum puas menikmati kehidupannya, oleh itu ada seorang scheduler yang bagi dia peluang untuk hidup tetapi dengan syarat dia perlu mencari 3 air mata orang yang benar-benar sayang dengannya selain daripada ahli keluarganya sendiri dalam masa 49 hari.
Oleh itu, Shin Ji Hyun telah meminjam badan daripada seorang wanita(Song Yi Kyung) yang punca kemalangan itu berlaku kerana dia cuba membunuh diri .Song Yi Kyung hilang semangat mahu hidup selepas 5 tahun kekasihnya meninggal dunia dan dia hidup merana selama 5 tahun itu kerana dia tidak mempunyai kawan,keluarga dan hidup dalam kesunyian. Roh Shin Ji Hyun masuk ke dalam badan Song Yi Kyung ketika Song Yi Kyung sedang tidur tanpa diketahui oleh perempuan itu. Dari situlah Shin Ji Hyun mula mengetahui bahawa tunangnya dan kawan baiknya itu telah membuat rancangan untuk merampas harta milik keluarga Shin Ji Hyun. Dan bermula dari perjalanan 49hari itu dia mengetahui siapa yang benar-benar sayang kepadanya dan dia juga baru menyedari bahawa kawan yang dia anggap membencinya(Han Gang) sebenarnya mencintainya .Pada suatu hari,Han Gang mula mengesyaki bahawa Song Yi Kyung itu adalah Shin Ji Hyun . Jadi Han Gang lah yang membantu Shin Ji Hyun menghalang niat jahat Kang Min Ho untuk menjatuhkan syarikat milik bapa Shin Ji Hyun .

Di akhir cerita nanti Shin Ji Hyun dan Scheduler telah pergi untuk selamanya dan tidak akan kembali lagi.

*Sebenarnya panjang lagi cerita pasal ni tapi dah skip2, malas nak tulis banyak2.. haha.. so kalau nak tau lebih lanjut korang tengok lah cerita ni k? cerita memang best lah :) cerita ni sedih tau T_T


SELAMAT MENONTON ! :D
Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

0 buah strawberry:

Post a Comment

Kamsahamnida ! Sebelum pergi komen la dulu pasal entri ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...