Hentikanlah !

Assalamualaikum..

Tajuk yang aku nak ceritakan ini ialah Hentikanlah ! Hm, mesti korang tertanya-tanya kan hentikanlah apanya?
Sebenarnya aku merayu sangat-sangat dengan kpoppers dan ELFs agar hentikanlah bergaduh dengan artis malaysia yang telah kutuk kpop dan super junior hari itu. Iya aku tahu korang sakit hati,bengang,meresap,naik angin bila dorang kutuk artis kegemaran kita, aku pun dapat rasa apa yang korang semua rasa. Tapi kalau nak marah pun berpada-padalah. Jangan sampai perasaan yang mengawal diri kita ini. Kesian juga aku tengok artis kita kena hentam dengan kpoppers dan ELFs tapi itu memang salah mereka la, siapa suruh bermain dengan api?

Kalau di fikirkan lagi, sebenarnya ini salah organizer yang telah menganaktirikan artis kita sendiri. Lain kali buat tandas banyak-banyak yang dekat supaya artis kita senang nak guna. Tak ada la jadi kes macam ini. Artis kita ni pun kena lah bijak berfikir, ini semua bukan salah super junior. Kalau iya pun bengang dengan organizer, janganlah nak melemparkan kemarahan kepada super junior. Apalah dosa dorang kat artis malaysia ni?  Mungkin super junior tak tahu pun yang hari tu ada artis kita nak pakai tandas sampai di halau .
Ataupun organizer yang memang bagi kawalan ketat dan layanan VIP kepada super junior sebab dorang tu artis jemputan, lebih-lebih lagi dorang tu boleh di iktirafkan sebagai Super Star. Al maklum lah Super Junior tu kan famous >.<

ELFs sekalian, korang dah tahu kan yang kes ni dah sampai international? ELFs dari negara luar pun dah tahu pasal ni. Nama malaysia dah tercemar. Honestly, aku malu dan aku yakin korang pun mesti malu kan? So, marilah kita sama-sama hentikan pergaduhan ni, sampai bila nak habis kalau dua-dua pihak tak nak mengalah? Lagipun ada daripada mereka tu dah minta maaf dengan kpoppers dan ELFs, jadi tak payah la nak panjangkan hal ni k? Bukan apa, aku risaukan SS4. Korang tahu-tahu je la SME tu. Dia sangatlah alert.
Kalau dia tahu hal ni,then tak bagi Suju datang malaysia lagi macam mana? Kita juga yang rugi . Jadi aku sebagai ELFs nak menyarankan dan merayu sangat-sangat kepada sesiapa di kalangan korang yang masih bertengkar dengan artis-artis supaya hentikanlah semua ni k? Kita kena jaga attitude kita sebagai ELFs dan Malaysian.Ini semua demi keselamatan Suju,ELFs,SS4 dan yang lain-lain. Ingat satu perkara, KITA DIAM TAK BERMAKNA KITA KALAH :D 
Budi Bahasa Budaya Kita :)peace ~


p/s kepada artis tu : Berfikir dulu sebelum buat sesuatu . Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya :)
Maaf kalau salah ada tersalah kata :) peace no war ,SAYANG SAYANG MALAYSIA :D
Sekian

SAYANG SAYANG ELFs
SAYANG SAYANG SUPER JUNIOR

Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

2 buah strawberry:

anis.farhana said...

exactly what i have been thinking all these times :D good words!

alibi said...

betul tu~~~...samala post kite..lol

Post a Comment

Kamsahamnida ! Sebelum pergi komen la dulu pasal entri ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...