Permulaan Baru

Assalamualaikum blogger sekalian.

Its been a longgggggg time i didn't update my blog. ekekeke
I'm kinda busy nowadays (alasan jerr, sebenarnya malas) . Haa nak tau cerita sebenar tak? Aku malas lah. Sebab.... (perlu ke bagi sebab?) Tak payah lah k. Korang bukan hairan pun aku ni wujud ke tak,betul tak? Kalau betul mohon angkat kening. Ok terima kasih.

Korang nampak kan tajuk entry aku? Hari ini tiba-tiba mood nak menconteng datang kat aku, so aku nak cerita sikit lah apa yang aku rasa nak cerita. Hehe. Mohon jangan boring. *Bajet blogpemes* hukhuk.



Pada 24 November 2012 , aku pertama kalinya menjejakkan kaki ke rumah kedua aku lah kiranya. Iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Aku datang bukan saja-saja tau ! Aku datang sana untuk mendaftar sebagai mahasiswa baru kat situ. Wahhh macam tak percaya aku dapat masuk U sebenarnya. Sampai sekarang pun *walaupun baru berapa minggu sbgai mahasiswa uitm* aku masih macam "Eh betul ke aku ni. Mimpi ke apa?" Lebih kurang macam tu lah.

Aku ditawarkan course Seni Kulinari. Yeayy tepuk tangan. Kenapa aku dapat course ni? Sebab memang aku yang apply punn >.< Kenapa aku apply course ni? Sebab aku minat masak-masak ni. (padahal kat rumah jarang masak ;p) Alaa tak apa kan. Lagipun aku datang sini memang untuk belajar pun. Masa aku form 4 pun aku memang ambik course katering. So rasa macam sayang kalau tak sambung apa yang aku dah belajar selama 2tahun dekat sekolah dulu. Betul tak? (angguk kepala)



Masa pendaftaran tu kan, hanya tuhan je yang tahu kot macam mana perasaan ni. Macam-macam rasa ada. Perasaan nervous tu semua tak payah cakap lah kan. Lepas daftar kolej family aku semua tolong angkut segala macam nenek moyang aku punya barang bawak naik masuk bilik. Dah lah aku dapat bilik kat tingkat 5 (nasib baik ada lif) . Dah settle bawak naik barang semua family aku nak balik dah. *sedih* Aku masa tu macam blur lagi, "eh lepas ni aku dah tak stay dengan family aku kan?" Soalan tu berlegar-legar dalam kepala otak aku ni. Lepas tu ibu peluk aku. Dia peluk cium pipi aku semua. Aku dah sedih dah waktu tu, tapi yang buat aku lagi sedih bila aku nampak ibu menangis. Aku terdiam. Banyak benda yang aku nak cakap dengan ibu masa tu, nak pesan kat ibu macam-macam lah, nak suruh dia jaga diri,kesihatan,etc.. Tapi aku sebak sangat. Sebab kalau boleh aku tak nak lah menangis depan ibu ayah. So aku banyak diam. Memang tak cakap apa-apa lah senang cerita. Lepas salam dorang aku hanya memerhati dari jauh dorang pergi meninggalkan aku sorang diri kat sini. Sedih beb waktu tu. Aku nak nangis tapi ada roomate aku kot so macam segan sikit hehehe. Tapi aku cuba kuatkan hati. Ini pilihan aku. Demi masa depan aku jugak kan. So nak taknak memang kena bertahan lah . ------tutup cerita pasal sedih-sedih ni, ni pun dah berair mata---


Ini lah rupa rumah kitorang, ni tempat study. Dalam tu bilik tempat buat tahi mata. haha. So far kolej ni sangat bersih dan selesa. Alhamdulillah.
Sampai sini je kot untuk entry kali ni. Dah banyak sangat aku conteng ni. Ada banyak lagi yang aku nak cerita tapi kat next entry kot. Baiii :)


*Gambar semua aku kidnap dari pakcik google




Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

0 buah strawberry:

Post a Comment

Kamsahamnida ! Sebelum pergi komen la dulu pasal entri ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...