Homesick

Assalamualaikum dan Selamat malam..

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk terus berjuang untuk hidup di bumi ni. Allahu Akbar.
Teringat dengan sahabat dan saudara mara kita yang berada di Gaza. Semoga Allah swt merahmati roh mereka yang terkorban. Amin.



Naa.. Ini gambar ibuku tersayang. Comel tak ibu? Comel kan? *angguk cepat!* Tadi baru je lepas sembang dengan ibu lam telefon. Macam biasalah kami bertanyakan khabar. Sejak duduk berjauhan dengan keluarga ni, aku rasa macam kosonggg /nyanyi lagu kosong/ Iyelah, aku ni mana lah pernah duduk jauh dari keluarga. Ada pun masa aku PLKN dulu. Tapi masa tu dorang setiap minggu datang jenguk aku kat kem. Sebab rumah dengan kem aku tu tak berapa jauh dalam tak sampai satu jam dah boleh sampai. Tak macam sekarang ni. Kuching-Penang kot. Kalau nak pergi kena lah naik flight kan? Kalau pakai kereta je senang lah dorang nak datang jenguk anak kesayangan dorang ni *ceh perasan*

Aku memang tak dapat lah nak dengar suara ibu. Kalau dengar je rasa sayu. Kenapakah? Mungkin aku rindu dengan ibu. Aku rapat dengan ibu,selalu je dengan dia. Mesti korang cakap aku anak emak kan? Haa ada aku kesah? Memang pun aku anak emak,kalau tak anak siapa lagi kan? :)
Rindu nak wrestling dengan ibu. hehehe



Yang baju belang tu ayah aku. Dia pun telah berjaya membuat muka comel gituu *nak lawan dgn ibu lettew* Ayah pun selalu gak call aku tanya khabar, tapi mostly dia tanya pasal urusan aku kat sini dah settle ke belum. Yela sebab sebelum ni aku selalu bergantung dengan dorang je kan, semua sorang yang uruskan. Kat sini aku kena buat sendiri. Kena berdikari lah katakan. Ayah memang risau sangat dengan anak dia yang    ni. Tapi memang patut pun dorang semua risaukan aku. Aku pun risau tentang diri aku sendiri."Boleh ke aku buat semuanya sendiri?" Benda tu selalu bermain dalam kotak pemikiran aku ni.*skema gila ayaat* hehe
InshaAllah, aku pun tengah cuba untuk hidup berdikari,mudahan Allah permudahkan segala urusanku.Amin.


Mesti korang tertanya-tanya siapa 3 minah senget ni kan? *yang belah kanan tu pedulikan dia*
Dari kiri tu abang aku. Dia straight ye. Dia saja je pakai tudung ibu sebab ibu yang suruh. Baiknya anak-anak ibu, ikut kata orang tua ;p Yang tengah tu kakak aku. Dialah kakak,dialah sahabat,dialah musuh *kdg2 suka cari gaduh dgn dia* Kami ada tiga beradik je. Tak ramai pun. Me want adik !! :/ Tapi tak ada rezeki nak buat macam mana. Syukur Alhamdulillah sebab sekurangnya aku ada abang dan kakak. Ada sesetengah orang yang tak ada adik beradik. Kesian dorang mesti bosan kan kat rumah.


Homesick. Bukan aku sorang je kot yang pernah rasa homesick. Semua students lah pernah rasa. Aku rindu rumah,family semua. Kadang-kadang jeles tengok kawan-kawan yang duduk dekat, or at least duduk kat semenanjung ni  jugak. Sebab kalau cuti boleh balik rumah jumpa family. Bestnya. Dapat makan sedap-sedap. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan ! So bersemangatlah wahai Nur Dhabitah :) Pray for me guys ! Thanks







Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

Masak !!

Assalamualaikum..

Hari ini hari pertama kami memasak di kitchen . *wee excited* Walaupun baru je dapat baju chef last week,  and hari ini hari pertama kami di kitchen,tapi chef kitorang dah suruh kitorang pakai baju chef tu. Dia kata " since you all dah beli baju tu takkan nak simpan pulak kan?" Ok so kitorang pakai je lah kan. Majority classmate aku semua merungut "wei baju aku besaq lah wei" , "aku tak kira,cuti ni aku nk hantaq p otter" . Haa macam-macam ragam kawan-kawan aku ni (termasuklah aku) .

Di sebabkan last week kitorang tak dapat masuk class kitchen sebab ada program ESQ, so hari ini kitorang kena cover 2 topik. So hari ini kitorang belajar cara-cara potong sayur. Bunyi macam kelakar kan? Apasal nak potong sayur pun dorang nak ajar? Kita kat rumah boleh lah main cincai kaduk je potong sayur, tapi as a culinarian, kita kena tahu jenis-jenis potongan sayur. Ada banyak jenis potongan sayur. Cantik gila aku tengok chef buat demo tadi. Bila dia suruh kitorang buat, macam-macam bentuk yang terhasil,haha. Tapi ada yang buat nampak cantik macam chef buat. Susah jugak lah,tapi kalau dah hari-hari praktis, InshaAllah boleh buat secantik yang chef buat :) Lepas potong kitorang masak sayur pulak. Sedap :)

Masa potong sayur tu kan, member aku ramai yang terluka sebab kena pisau. Pisau tu tersangatlah tajam. Bahaya gila. Aku pun kena gak. Harap lepas ni dah tak ada la kes macam ni. Kesian jari kitorang.

Lepas belajar potong sayur, chef ajar masak telur 7 jenis. Macam-macam ada. Simple je sebenarnya. Yelah sebab tu untuk breakfast. Aku pun hairan lah kan,nak buat breakfast tapi masa tu dah tengahari. Aku dengan perut lapar gila, pastu ingatkan kitorang makan telur je hari ini. Rupanya tak. Chef ada masakan kitorang steak !!Wahh best gila. Dah la banyak. Bayangkan lah ada sayur,ada 7jenis telur,steak,roti,buah memang kenyang gila lah kitorang tadi. Save dah duit lunch. hehe, Kitorang pesta makan kat cafe krystal tadi. Pastu ada pulak abang senior kulinari jugak lah dengan baik hati bagi kitorang pizza dgn roti yang dorang masak tadi. Wah makin bertambah banyak lah makanan kami. Memang pesta makan lah nampaknya. hehehe

Tadi tengahari kemain aku kenyang gila, tapi sekarang aku tengah kebulur gila. Nak makan !!! Ok bai korang. Aku nak turun cafe nak makan. Perut aku ngada-ngada nak mintak di isi. *Perut aku tau,bukan aku*


-Tak ada gambar,malas nak upload-

Assalamualaikum, selamat malam :)
Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

Permulaan Baru

Assalamualaikum blogger sekalian.

Its been a longgggggg time i didn't update my blog. ekekeke
I'm kinda busy nowadays (alasan jerr, sebenarnya malas) . Haa nak tau cerita sebenar tak? Aku malas lah. Sebab.... (perlu ke bagi sebab?) Tak payah lah k. Korang bukan hairan pun aku ni wujud ke tak,betul tak? Kalau betul mohon angkat kening. Ok terima kasih.

Korang nampak kan tajuk entry aku? Hari ini tiba-tiba mood nak menconteng datang kat aku, so aku nak cerita sikit lah apa yang aku rasa nak cerita. Hehe. Mohon jangan boring. *Bajet blogpemes* hukhuk.



Pada 24 November 2012 , aku pertama kalinya menjejakkan kaki ke rumah kedua aku lah kiranya. Iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Aku datang bukan saja-saja tau ! Aku datang sana untuk mendaftar sebagai mahasiswa baru kat situ. Wahhh macam tak percaya aku dapat masuk U sebenarnya. Sampai sekarang pun *walaupun baru berapa minggu sbgai mahasiswa uitm* aku masih macam "Eh betul ke aku ni. Mimpi ke apa?" Lebih kurang macam tu lah.

Aku ditawarkan course Seni Kulinari. Yeayy tepuk tangan. Kenapa aku dapat course ni? Sebab memang aku yang apply punn >.< Kenapa aku apply course ni? Sebab aku minat masak-masak ni. (padahal kat rumah jarang masak ;p) Alaa tak apa kan. Lagipun aku datang sini memang untuk belajar pun. Masa aku form 4 pun aku memang ambik course katering. So rasa macam sayang kalau tak sambung apa yang aku dah belajar selama 2tahun dekat sekolah dulu. Betul tak? (angguk kepala)



Masa pendaftaran tu kan, hanya tuhan je yang tahu kot macam mana perasaan ni. Macam-macam rasa ada. Perasaan nervous tu semua tak payah cakap lah kan. Lepas daftar kolej family aku semua tolong angkut segala macam nenek moyang aku punya barang bawak naik masuk bilik. Dah lah aku dapat bilik kat tingkat 5 (nasib baik ada lif) . Dah settle bawak naik barang semua family aku nak balik dah. *sedih* Aku masa tu macam blur lagi, "eh lepas ni aku dah tak stay dengan family aku kan?" Soalan tu berlegar-legar dalam kepala otak aku ni. Lepas tu ibu peluk aku. Dia peluk cium pipi aku semua. Aku dah sedih dah waktu tu, tapi yang buat aku lagi sedih bila aku nampak ibu menangis. Aku terdiam. Banyak benda yang aku nak cakap dengan ibu masa tu, nak pesan kat ibu macam-macam lah, nak suruh dia jaga diri,kesihatan,etc.. Tapi aku sebak sangat. Sebab kalau boleh aku tak nak lah menangis depan ibu ayah. So aku banyak diam. Memang tak cakap apa-apa lah senang cerita. Lepas salam dorang aku hanya memerhati dari jauh dorang pergi meninggalkan aku sorang diri kat sini. Sedih beb waktu tu. Aku nak nangis tapi ada roomate aku kot so macam segan sikit hehehe. Tapi aku cuba kuatkan hati. Ini pilihan aku. Demi masa depan aku jugak kan. So nak taknak memang kena bertahan lah . ------tutup cerita pasal sedih-sedih ni, ni pun dah berair mata---


Ini lah rupa rumah kitorang, ni tempat study. Dalam tu bilik tempat buat tahi mata. haha. So far kolej ni sangat bersih dan selesa. Alhamdulillah.
Sampai sini je kot untuk entry kali ni. Dah banyak sangat aku conteng ni. Ada banyak lagi yang aku nak cerita tapi kat next entry kot. Baiii :)


*Gambar semua aku kidnap dari pakcik google




Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...