Rintihan aku, peminat Kpop !

Ehem..Assalamualaikum...

Tarik nafas jap,fuhhhhhhhh !
Aku sangat-sangat la tak paham dengan manusia zaman ni. Suka sangat nak menyibuk hal orang. Kalau dah tak suka tu tak payah la sibuk-sibuk nak mengutuk orang. Buat tambah dosa aja . Apa, korang ingat korang tu dah cukup bagus sangat ke? Kalau omputih cakap nobody perfect ! Jadi tak payah la korang susah-susah nak pergi stalker artis korea semata-mata nak kutuk mereka.Kalau korang tak suka kenapa korang berminat nak cari info pasal mereka? Gambar-gambar mereka pakai baju,tak pakai baju,dada dorang tak berbulu,ada sixpack semua korang tahu kan? Aku rasa korang ni pun minat jugak dengan artis Korea tapi malu nak mengaku kan? Betul tak?

Dah alang-alang korang sibuk nak cari info pasal dorang tu kenapa tak cari tahu perbezaan antara artis Malaysia dengan artis Korea? Untuk pengetahuan korang semua, dekat korea tak ada "Artis Segera". Sebelum dorang nak jadi artis dorang kena jadi trainee dulu paling sekejap pun dalam 2 tahun dan paling lama dalam 6 atau 7 tahun baru la dorang dapat debut sebagai artis. Sebab itu la artis-artis korea hampir kesemuanya bagus-bagus bukan artis lelaki saja tetapi artis wanita pun bagus-bagus juga. Aku ni pun minat jugak dengan artis wanita korea contohnya G.Na,IU,f(x),Kara,T-ara,Secret & 4minutes . Siapa cakap yang kami ni gatal cuma minat lelaki korea je? Huh ! Makan boleh sebarang makan,cakap jangan sebarang cakap !

Korang cakap artis Korea ni harapkan muka je,tapi tak ada bakat. HAHAHA, nak tergelak aku baca eh bukan nak tapi dah tergelak pun. Korang tahu apa? Yang korang tahu nak cari salah orang je. Siapa cakap dorang tak ada bakat? Mengikut pandangan aku la dorang lagi berbakat dari artis negara kita ni. Bukan setakat menyanyi tapi dorang boleh menari,berlakon,buat lawak,jadi DJ radio,jadi MC,berlakon teater,buat lagu sendiri,boleh main pelbagai jenis alat muzik dan yang penting dorang kreatif.. Hampir semua benda yang dorang boleh buat. Bukan aku nak cakap yang dorang tu PERFECT tapi sekurang-kurangnya dorang sangat berkebolehan. Artis korea bodoh tak pandai berbahasa english ? Hey,tak semuanya tak pandai berbahasa english ok! Eleh macam la artis kita ni semuanya pandai dan fasih berbahasa english ? Jangan nak perasan ye. Korang tu fasih sangat ke berbahasa english? Lu pikir la sendiri !

Kpoppers sanggup membazir duit untuk idolanya. Fuhh, Kalau iya pun apa salahnya? Kami beli semuanya pakai duit sendirian berhad ! Tak ada mintak duit korang satu sen pun ! Yang korang sakit hati sangat kenapa? Sekurang-kurangnya kami tak menghabiskan duit dengan beli benda yang boleh merosakan diri contohnya dadah atau rokok ! Cakap pasal dadah,dekat korea kalau artis terlibat dengan dadah dia serta merta di 'gam'.Dorang tak akan muncul lagi di kaca tv . Malaysia ada ke? Okey sambung balik,kira bagus juga la kami beli DVD cerita korea dapatlah kami ni duduk di rumah tak pergi merayau-rayau macam kutu rayau ! Ada sesetengah dari korang tu dapat duit dari mak bapak *terutamanya budak sekolah terus pergi beli rokok . Apa faedahnya? Hisap rokok pastu rokok habis duit pun habis. Kami beli album atau barang-barang korea tu setidaknya masih nampak depan mata. Barang itu kekal lama dapat tengok berulang-ulang kali sampai lebam. 

Aku suka tengok variety show dorang. Semuanya best-best. Boleh hilangkan tension . Korea memang banyak variety show yang melibatkan artis-artis mereka. Dan artis dorang semua gila-gila juga. Drama korea pun best juga. Sampaikan negara jiran pun selalu tiru cerita korea. Jadi sinetron-sinetron yang main kat astro tu kebayakan cerita korea yang dorang tiru pastu tambah sikit-sikit supaya orang tak perasan la kononya . Sekarang ni orang malaysia pun dah tiru korea.. contohnya kumpulan 24:7 & Gula-gula.. Tak malu ke tiru orang? Cari la identiti sendiri lagipun kita ni orang malaysia dan islam. Tak elok nak tayang badan . Lain la orang korea.. dorang tu bukan islam. so tak salah bagi dorang. Tapi kalau kita memang salah ye ! Hehe.


Sebelum ni pun aku tak minat korea. Tapi aku sangat-sangat la berterima kasih dengan kakak aku sebab dialah aku kenal artis korea. Artis pertama yang aku kenal ialah Super Junior. Mula-mula aku tengok dorang ni macam biasa je. Tapi lepas banyak menonton video dorang yang agak 'gila' tu terus aku addict dengan dorang. So salah la pandangan korang kan? aku suka dengan dorang bukan sebab muka dorang  tapi sebab perangai dorang yang agak sengal dan lawak. Bila dah lama sikit layan dorang baru aku perasan yang dorang ni hensem dan kiut dan mula lah aku perasan yang dorang ni berbakat. Lagi satu, kalau korang nak tahu aku belajar bahasa inggeris pun sebab dorang tau.. Sebab seperti yang korang kata 'Kau paham ke apa yang dorang nyanyi,apa yang dorang cakap?' sebab itu la aku belajar bahasa inggeris. Kan tu benda yang baik? selain tu aku pun belajar bahasa korea jugak. Walaupun belum pandai sangat tapi sekurangnya aku dah pandai baca tulisan korea*hangul.


Kalau korang perasan orang korea ni adalah penyayang. Aku suka tengok adat dorang dan semangat persahabatan dan kekeluargaan dorang.Contohnya ialah Super Junior.Dalam banyak-banyak artis korea aku paling suka tengok persahabatan ahli-ahli Super Junior.Dorang jugak la yang ajar aku apa erti persahabatan. Selain tu, Orang lelaki pun suka peluk dengan lelaki. Tapi tu bukan bermaksud yang dorang tu gay.. Dah memang adat dorang macam tu dari zaman nenek moyang dorang lagi. Dorang saling hormat-menghormati. Kalau jumpa orang je mesti tunduk *bow.. Daripada korang agungkan artis hollywood bagus korang sokong orang asia. Setidaknya adat orang asia tak jauh beza dengan adat kita sebab kita pun memang orang asia .

Cukup-cukup la korang nak cari salah orang ye? Semua orang ada kelemahannya.. Dan semua orang juga ada lain citarasa dan minat. Kalau korang tak suka kpop aku tak kisah sebab itu hak korang. Aku tak paksa korang pun untuk minat kpop. Tapi tolonglah, jangan nak kutuk peminat kpop dan artis korea. Kami tak ada kacau hidup korang pun. So janganlah korang nak kacau hidup kami. Biarlah kami dengan dunia kami ! Sekian terima kasih..
Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

6 buah strawberry:

Aina said...

sokong gile ngan akk!!

Fatin Nur Shamimie said...

agree 100%... org yg x mnat kpop mmg x tao ape yg kte mnat... bg org kte gler... xp sbenrnye kte x gler pown... juz dorg je x tau prasaan org yg mnat kpop... ^_^

Ever Lasting Friend said...

Sokong 1000%!!!!
Ske sgt pndg rndah...Wei,org Malaysia lelaki rmbut pck mcm samseng lah but,orang korea flower boy x nmpk mcm smseng but,kmas...Ni pun krg pggil pondan...Org Malaysia pondan krg x bising blew ngara luar krg bising...Apa kes ni???

Ieta Madzid said...

btul2. kta xde kcau life dorg pun. ala,drpd dorg sokong artis barat pun xde guna. mcm lah artis barat xpenah tayang body kn. atlease artis korea beradab dr artis barat.

aegyo_girl said...

yea!!agree you 250%...:)

athirah aziz suju said...

memang sokong giler la... kalau dah tak minat tu... tak payah la nak kutuk2 peminat2 kpop kan?? ikut suka kite la kite nak minat kpop ke apa ke... huhu... fighting...

Post a Comment

Kamsahamnida ! Sebelum pergi komen la dulu pasal entri ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...