Aku nak story pasal DIA seorang
Habis je PMR aku ambil keputusan nak ambil kursus Katering dekat SMVokasional Kuching. Aku student first intake,masa tu dia belum masuk lagi sekolah tu. So aku rapat la dengan kawan-kawan first intake. Lepas tu masuk lagi student second intake.Dia salah seorang student tu. Bila mengimbas kembali saat-saat aku kenal dengan dia,dia ni dulu tak ramai yang nak berkawan dengan dia. Masa tu aku pun tak tau kenapa,tapi disebabkan kesian tengok dia di pinggirkan,aku cuba merapatkan diri dengan dia.Okey,bermula dari hari tu kami rapat. Dan di sebabkan kami rapatlah aku tau apa kelemahan apa kebaikan dia. Kelemahan dia ialah dia suka pandang rendah/fikir negatif dengan orang.Dia juga tak suka kalau orang lebih pada dia . Kalau boleh dia nak dia sorang je success . Okey, aku akui sikap nak berjaya dia memang kuat tu bagus, tapi perlu ke sampai terlalu obsessed sangat sampaikan kalau ada orang dapat markah tinggi dari dia,dia terus nak marah-marah? Kadang-kadang aku terasa juga dengan sikap dia tu. Aku pernah tegur sikap dia tu tapi dia tak nak dengar, so aku dah malas nak tegur lagi. Lantak dia la nak buat apa. Dia kan PANDAI so dia sepatutnya boleh fikir :)
Lagi satu, dulu masa dia takda kapel,kemain lagi cakap aku lebih pentingkan kawan dari kapel. Okey, aku ingatkan betul la apa kata dia tu. But now bila dia ada kapel, benda tu dah jadi terbalik, Kapel lagi penting dari kawan. Sebab apa aku cakap macam tu? sebab memang dia pentingkan kapel dia la,kadang-kadang aku ni tak kena layan woo..Aku paham la orang berkapel macam mana,tak dapat jauh asyik nak berkepit je kan.Rahsia yang aku pernah cerita dengan dia, dia punya lah setia sangat pergi cerita sampai Bf dia pun tau.Walaupun aku dengan Bf dia ni kawan baik juga,tapi ada sesetengah rahsia yang kapel dia tu takleh tau. Nama pun rahsia,aku percaya sangat dengan dia,that is my BIG MISTAKE !Tapi,ntah la susah aku nak cakap. Kalau korang kat tempat aku baru korang tau macam mana rasanya.
Pastu yang lebih menyakitkan hati bila dia cakap aku jeles dengan dia sebab dia dah de kapel. What the Fish ! Sorry la ye, aku ni takda masa nak jeles dengan benda-benda macam ni, TAK BERMINAT pun . Kalau cakap aku jeles sebab dia pandai mungkin iyalah. Sapa yang tak jeles tengok orang pandai? Benda biasa la tu tapi aku tak la terlalu jeles sangat sampai nak benci dia gara-gara dia pandai. Aku cuma benci bila dia PALAT dengan aku.
Sebenarnya benda ni dah lama aku pendam. Aku malas nak bercakap dengan dia apa salah dia sebab aku nak jaga hati dia,aku pun malas nak gaduh-gaduh. Dah setahun lebih aku kenal dia. Dulu aku kawan dengan dia sebab kesian tapi lama-lama aku dah lupa pasal kesian tu,aku anggap dia 'my bestie'. Terasa kepercayaan aku tercelar, cehh rasa macam dalam drama la pulak. haha, tapi itulah REALITY.
Lately ni aku macam jauhkan diri dari dia. Aku tak layan sangat dia. Bukan apa, aku nak dia rasa macam mana aku rasa. Sometimes aku rasa aku ni agak kejam jugak tapi kalau dia tak buat hal aku pun takkan buat hal jugak. Aku rasa ni je jalan yang terbaik,biar aku jauhkan diri je dari dia,senang cerita.Aku tak sakit hati,dia pun tak sakit hati.SAMA2 tak sakit hati.Biarlah dia bahagia dengan LIFE dia tu,aku pun sangat bahagia jugak dengan LIFE aku sekarang ni. Dia dengan kapel dia ada minta maaf dengan aku sebab dorang tengok perangai aku 'Pelik' secara mendadak. haha, sorry~ aku pun tak mintak jadi macam ni,
Tapi kenapa korang nak mintak maaf dari aku? Korang kan tak buat salah? Aku ni yang JAHAT tak macam dia BAIK :)
Okey sekarang benda baik pulak, yela dia kan budak BAIK, HAHA. Aku berterima kasih jugak dengan dia selama ni yang pernah ajar aku dalam pelajaran.Terima Kasih sangat2 :) Apa lagi ea? hm, dia terlalu BAIK la sampai aku tak ingat apa lagi yang baik pasal dia. :) aa, Thanks to kapel dia jugak sebab tolong aku manage blog aku ni,yela aku kan TAK PANDAI :) Terima kasih banyak2, aku ingat jasa baik korang semua tu sampai bila2.. Jangan Risau :)
p/s : Ni cuma luahan hati aku je, bukan niat aku nak malukan sesapa. Kalau korang tertanya2 kenapa aku PELIK kebelakangan ni,sekarang dah terjawab :) Peace no war
Tengoklah PERSAHABATAN SUJU,walaupun dorang ramai ada 15orang ahli tapi PERSAHABATAN dorang kekal sampai ke hari ni :')
Tengok macam suju,dorang SAYANG dan pentingkan KAWAN dari KAPEL :)))
Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ
7 buah strawberry:
nice entry...sbr ea dik.dugaan semua tu..=)
btw,suka gmbr yg last...:)
thanks sbb sudi baca. Yup mmg ieta sbr pun,taknak gado2. biar ieta jauhkan diri lagi sng :)gmab KyuMin? yeah ! sangat sweet <3
nasib kita sama chingu. coba kamu baca entri baru saya, kurang lebih aja :) sabar okay
cik adik syg.... xmo sedy meh... sini2 akk ceria kan... heheheheh
setiap owg akn lalui dugaan dlm pershbtn... cuma cara dugaan yg dihadapi tu aje yg berbeza....
kuat kan semngt k... angap ini semua dugaan dr die u ieta.... menjdi lg kuat menempuh dunia yg makin mencabar u ieta lalui... bersma2 kawan2 dan ambil lah langkah yg paling bijik.... u ieta meneruskan hidup ini dgn gembira dismping keluarga,kawan2 dan kami... hehehehe
bijik = bijak... hahahah maap ye mlm sudah x perasan...
sbb tu ieta ckp,ieta lbh rpt dgn kwn yg jauh di mata brbnding dpn mata. Super Junior & ELF jugak yg terbaik :)love them more and more <3
Assalamualaikum.
Mungkin dia minta maaf kerana dalam hati itu masih punya perasaan dan mengerti apa itu persahabatan.
Mungkin dia minta maaf kerana dalam hati itu tidak dapat melihat kawan jadi begitu.
Terima kasih untuk entri ini.
Semoga Ieta terus bahgia dan berjaya! Sabar lah ye... :)
Post a Comment
Kamsahamnida ! Sebelum pergi komen la dulu pasal entri ini :)