It's been awhile..and I miss all of you

Assalamualaikum..

Terasa kekok bila dah lama tak update blog. Betul la kata orang, *actually kata aku sendiri*, kalau dah sambung study ni busy lain macam. Tak macam zaman kanak-kanak ribena dulu, zaman sekolah yang 24/7 boleh update dan meroyan kpop, Kpop? Sekarang dengar word tu aku hanya mampu tersenyum. Aku bukan dah tak minat kpop, cuma disebabkan kekangan masa *gituuu* hahaha. Sejak mula sambung belajar, dapat duduk hostel aku memang jarang online. Internet tak ada so susah la nak online twitter nak update blog. Mula-mula dulu sakit jugak la nak menghadap semua tu, iyalah, mahu tak meroyan ke hardcore kpop kot tiba-tiba hidup terasa berputar 360deg tak dapat online hahaha *melampau sangat perumpamaan yang aku bagi*
Tapi serius la, aku rindu zaman-zaman sekolah dulu. Zaman kpop yang lama..Dimana masa tu kpop tak berapa meluas, hanya certain manusia je yang tahu kpop. Dulu...dulu la, aku berharap sangat kpop ni biarlah satu pelusuk dunia kenal bestnya kpop tapi sekarang i do regret that. Antara korang sedar atau tak, kpop yang dulu bukanlah kpop yang sekarang, dulu disayang sekarangnya dicanang~ emm pandai aku buat lirik *salah ambik kos ni* hahaha.
Sekarang kalau cakap pasal kpop, semua jadi bahan. Kenapa? Sebab ada salah freshie kpopper yang terlampau obses fanatik sampai bersikap kurang matang. Menyampah tahu? Kalau aku ni yang dah lama minat kpop *lama kee?* boleh rasa meluat, apatah lagi orang yang sejak azali benci kpop ni tengok? Fikirlah sendiri dik ye.. awak tu perempuan, islam pula tu so act like one. Okay cukup bahas topik ni, takut lari dari main topic,hehehe.


Aku mengaku sekarang aku tak sehardcore minat kpop macam dulu. Macam yang aku kata tadi, sebab busy belajar so benda tu perlahan lahan kembalikan aku ke jalan yang benarrrr hahaha. Jap, jangan salah sangka, aku tak kata minat kpop ni terpesong akidah ke apa, maksud aku ke jalan yang benar tu im back to the normal life. Aku layan je lagu drama variety korea semua. Tapi tak macam dulu dah. Twitter pun dah berhabuk. Apatah lagi blog kan? Kadang kadang bila on laptop, dok godek folder2 dalam laptop, maka terjumpalah hasil hasil masa zaman budak sekolah dulu, video super junior, gambar depa yang berfolder folder tu. Aku jadi rindu. Sebak tengok video supershow suju. Sungguh aku rindu. Aku rindu kpop yang dulu. Aku rindu kakak-kakak, adik-adik kpop yang kat twitter tu semua, aku rindu super junior. Aku rindu aku yang dulu. Sekarang semuanya dah berbeza... dah lain tak macam dulu, termasuklah aku. Macam macam yang dah jadi kat fandom kita. Semuanya dah berubah.



Memang betul la quote kat atas ni. Walau macam mana aku cuba nak lupakan dorang, aku still cari dorang lagi. Jujur aku cakap, walaupun aku tak tegar minat kpop macam dulu, aku masih lagi ELF. Thus, I just wanna say that i miss all of you.


Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

Homesick

Assalamualaikum dan Selamat malam..

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk terus berjuang untuk hidup di bumi ni. Allahu Akbar.
Teringat dengan sahabat dan saudara mara kita yang berada di Gaza. Semoga Allah swt merahmati roh mereka yang terkorban. Amin.



Naa.. Ini gambar ibuku tersayang. Comel tak ibu? Comel kan? *angguk cepat!* Tadi baru je lepas sembang dengan ibu lam telefon. Macam biasalah kami bertanyakan khabar. Sejak duduk berjauhan dengan keluarga ni, aku rasa macam kosonggg /nyanyi lagu kosong/ Iyelah, aku ni mana lah pernah duduk jauh dari keluarga. Ada pun masa aku PLKN dulu. Tapi masa tu dorang setiap minggu datang jenguk aku kat kem. Sebab rumah dengan kem aku tu tak berapa jauh dalam tak sampai satu jam dah boleh sampai. Tak macam sekarang ni. Kuching-Penang kot. Kalau nak pergi kena lah naik flight kan? Kalau pakai kereta je senang lah dorang nak datang jenguk anak kesayangan dorang ni *ceh perasan*

Aku memang tak dapat lah nak dengar suara ibu. Kalau dengar je rasa sayu. Kenapakah? Mungkin aku rindu dengan ibu. Aku rapat dengan ibu,selalu je dengan dia. Mesti korang cakap aku anak emak kan? Haa ada aku kesah? Memang pun aku anak emak,kalau tak anak siapa lagi kan? :)
Rindu nak wrestling dengan ibu. hehehe



Yang baju belang tu ayah aku. Dia pun telah berjaya membuat muka comel gituu *nak lawan dgn ibu lettew* Ayah pun selalu gak call aku tanya khabar, tapi mostly dia tanya pasal urusan aku kat sini dah settle ke belum. Yela sebab sebelum ni aku selalu bergantung dengan dorang je kan, semua sorang yang uruskan. Kat sini aku kena buat sendiri. Kena berdikari lah katakan. Ayah memang risau sangat dengan anak dia yang    ni. Tapi memang patut pun dorang semua risaukan aku. Aku pun risau tentang diri aku sendiri."Boleh ke aku buat semuanya sendiri?" Benda tu selalu bermain dalam kotak pemikiran aku ni.*skema gila ayaat* hehe
InshaAllah, aku pun tengah cuba untuk hidup berdikari,mudahan Allah permudahkan segala urusanku.Amin.


Mesti korang tertanya-tanya siapa 3 minah senget ni kan? *yang belah kanan tu pedulikan dia*
Dari kiri tu abang aku. Dia straight ye. Dia saja je pakai tudung ibu sebab ibu yang suruh. Baiknya anak-anak ibu, ikut kata orang tua ;p Yang tengah tu kakak aku. Dialah kakak,dialah sahabat,dialah musuh *kdg2 suka cari gaduh dgn dia* Kami ada tiga beradik je. Tak ramai pun. Me want adik !! :/ Tapi tak ada rezeki nak buat macam mana. Syukur Alhamdulillah sebab sekurangnya aku ada abang dan kakak. Ada sesetengah orang yang tak ada adik beradik. Kesian dorang mesti bosan kan kat rumah.


Homesick. Bukan aku sorang je kot yang pernah rasa homesick. Semua students lah pernah rasa. Aku rindu rumah,family semua. Kadang-kadang jeles tengok kawan-kawan yang duduk dekat, or at least duduk kat semenanjung ni  jugak. Sebab kalau cuti boleh balik rumah jumpa family. Bestnya. Dapat makan sedap-sedap. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan ! So bersemangatlah wahai Nur Dhabitah :) Pray for me guys ! Thanks







Apa Pendapat Korang? Cer cite cer cite ツ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...